Thursday, March 17, 2011

RAHSIA SIRRATUL MUSTAQIM





Mukaddimah


Firman Allah taala:-
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾ الَّذِينَ A004هُمْ عَA005نْ صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥
Maksudnya :
maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (Al-Maa'uun 107:4) (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Al-Maa'uun 107:5)

Risalah rahsia sirratul mustaqim ini bertujuan untuk menyingkap kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan dalam ibadah terutama solat, kerana tidak semua orang yang beribadah itu sempurna ibadatnya malah ramai yang telah tersasar walaupun telah melakukan ibadat berpuluh tahun. Semoga Allah SWT memberi taufiq dan hidayah.


Kata Mutiara Diri...

Bertambah sedarku bila lenyap
pandanganku terhadap sesuatu
selain Allah..

Dekatnya aku dengan Allah tidak
mempengaruhi pisahku dengan manusia
dan pisahnya aku dengan manusia
tidak mempengaruhi dekatnya aku
dengan Allah..

Ingat aku terhadap manusia
tidak merintangi ingatanku pada Allah
dan ingatanku pada Allah
melupakan Aku pada manusia..

~Zainal Abidin~

BAB 1

Niat

Ibadat (cth: solat, puasa, bersuci, membaca al quran, melakukan pekerjaan seharian dll lagi) wajib didahulukan dgn niat kerana Allah Taala. Pekerjaan yg tidak disusuli dgn niat krn Allah, tidak dikategorikan sebagai ibadat; ia hanyalah satu perbuatan yg sia-sia belaka.

Seperti Hadis Nabi SAW :

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Maka sudah semestinya perbuatan yg bersangkutan dgn kesucian diri dan makanan wajib didahului dgn niat krn Allah Taala; jika tidak semuanya terbatal malahan menjadi haram jika bersangkutan dgn makanan.
Contoh : ayam jika disembelih tidak diniatkan dgn nama Allah, haram dimakan; oleh itu memasak makanan yg tidak menyebut dan diniatkan dgn nama Allah dihukumkan haram juga.

Oleh itu berhati-hati jika membeli dan memakan makanan dari restoran atau kedai yg jahil tentang hal ini. Begitu juga di rumah sendiri; ajari isteri dan anak-anak untuk meniatkan makanan yg hendak dimasak dgn nama Allah agar makanan yg dimasak itu menjadi halal dan berkat apabila dimakan dan menjadi darah daging yg suci bersih.

Perkara begini walau nampak remeh tapi mendatangkan kesan buruk terhadap hubungan kita dengan Allah kerana setiap perbuatan itu wajib dijadikan ibadah. Jangan kita cuma mengganggap sumber makanan yg diperolehi dari yg halal sudah cukup..tidak! Justeru itu ,niat merupakan pokok yg paling penting supaya sesuatu pekerjaan diterima oleh Allah sebagai satu amalan ibadat. Jangan kita fikir cuma solat atau puasa yg dianggap ibadat sedangkan perbuatan lain dalam kehidupan bukan. Untuk mengetahui rahsia siratulmustaqim, fikiran begini wajib sudah tidak ada.

Hukum fiqh menyatakan sebagai ibadat solat atau puasa mempunyai syarat sah dan juga syarat wajib. Maka perbuatan lain yg disebut ibadat mempunyai syarat sah dan syarat wajib juga. tolong jangan dibezakan soal berat, ringan ibadatnya.

Inilah pokok asas ilmu Tasawwuf iaitu bersihkan dalam dan luar diri dari benda syubahat dan haram.
Iman dan Taqwa hanya berada didalam diri hamba Allah yg bersih!.

Maka bila kita perhatikan diri sendiri, sewaktu kita lahir dahulu (keluar dari rahim, kemaluan ibu ) Adakah kita dimandikan untuk membersihkan najis ibu dari badan disusuli dengan niat..kerana setiap perbuatan tanpa niat bukanlah ibadah.Dan serupalah seperti mandi wajib, tidak sah jika tidak berniat. Ini merupakan salah satu sebab tidak khusuk dalam solat. Najis kemaluan ibu dari lahir masih melekat pada badan dan dibawa beribadah bertahun-tahun tanpa disedari.

Begitu juga dengan kaum lelaki yang telah berkahwin, mandi wajib saja tidak mencukupi jika tidak membersihkan kemaluan sendiri terlebih dahulu dari najis kemaluan isteri, juga dengan niat. Walaupun perkara ini nampak remeh tapi menjadi penyebab ibadat kita terbatal terutama solat..paling penting semua mesti dibuat dengan berniat.
Contoh: Apabila jari tangan dicocok kedalam dubur, mana yang kotor, sudah pasti jari. Begitu juga laki-laki, selepas bersetubuh hendaklah membasuh kemaluannya dengan niat..supaya ianya menjadi sah sebagai ibadat; tidak cukup dgn mandi wajib saja. Jika tak dilakukan , najis kemaluan isteri ini akan terus dibawa dalam mengerjakan solat, tanpa disedari. Boleh kusyuk solat?? Orang perempuan cukup hanya mandi wajib, insya'Allah.

BAB 2.

Menyerahkan urusan kepada Allah.

Mulakan pada setiap subuh apabila bangun tidur; duduk sebentar dan mengadap wajah ke kiblat lalu istighafar sambil mengucap syukur kpd Allah; selepas itu munajat kpd Allah dgn suara berbisik penuh penyerahan..." Ya Allah, dari waktu ini hingga saat mata ku terpejam nanti .. Kau uruskanlah diriku ini sepenuhnya dan jangan Kau serahkan untuk aku mengurus diriku walaupun sesaat..."

Bersandar diri sepenuhnya dengan menyerahkan urusan kehidupan kepada Allah taala. Itulah sebenar kehidupan, tolong jangan ada yang bersisa, sebab yang bersisa ini akan ditanya, ditimbang diakhirat. Andainya Allah mengurus semua kehidupan kita, adakah Allah akan menghitung kembali urusannya..fikirkan. SELURUH KEHIDUPANKU ATAS URUSANMU, ADAKAH KAMU MAU MENGHITUNG URUSANMU SENDIRI DI AKHIRAT NANTI?..saudaraku sekalian, ini niat yang paling penting.

Ini bermakna tiada daya ataupun kekuatan untuk membuat amal kebaikan maupun menghalang kemungkaran kesalahan diri, melakukan pekerjaan harian, untuk bergerak semuanya atas kurniaan bantuan pertolongan Allah . Memang kita disuruh melakukan usaha tetapi dilarang bersandar pada kekuatan usaha itu untuk berjaya.

Ingatlah jika kita merasa bersandar pada usaha sendiri, apabila terjadi kejayaan, akhirnya pasti jadi sombong, ujub ,sempurna diri dan ego; maka jadilah kita seperti iblis yang akhirnya terkutuk atas kesombongannya. Samakan Allah dengan kayu, batu, berhala dan yang lain adalah syirik. Begitu juga bila menyamakan Allah dengan diri sendiri.




Oleh itu kalimat Laa haulawalaquatailla billahi; tiada daya usaha untuk melakukan suatu pekerjaan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah semata, kalimat yang perlu kita praktikkan dalam kehidupan ini , bukannya sekadar ucapan yang diulang-ulang.

BAB 3

Ibadah solat

Firman Allah SWT :

فَوَيْلٌ فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ ﴿٤﴾ الَّذِينَ هُمْ عَنْصَA004لَاتِهِمْA005 سَاهُونَ

﴿
Maksudnya : maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang - (Al-Maa'uun 107:4)
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Al-Maa'uun 107:5)
اهُونَ
Kita mengharapkan kekusyukan dalam solat, dan kebanyakan ulamak sekarang ini bila ditanya bagaimana cara untuk dapat kusyuk dalam solat, sebahagiannya memberi jawapan yang mendukacitakan. Sebenarnya kekusyukan solat mudah diperolehi apabila kita mengikut rukun solat itu dengan sebenarnya. Tertib (yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan). Jangan melakukan dua rukun dalam satu waktu.

Di bawah ini akan diterangkan cara-cara yang perlu diikuti, dimana insya' Allah jika dibuat bersungguh-sungguh akan mendatangkan kusyuk seperti yang dicitakan.

1) Bermula dengan kebersihan diri luar dan dalam. Seperti yang diterangkan dalam bab 1; berpakaian bersih, cantik, berwangi-wangian dan sesempurnanya.

2) Berdiri tegak mengadap kiblat kemudian berniat kemudian takbir. Tolong buat satu-satu, itulah tertib namanya, jangan masukan niat didalam takbir seperti yang diajar oleh sesetengah ulama' fiqh; ini mendatangkan kekecelaruan. Awal-awal melakukan solat sudah bercelaru sehingga untuk bertakbir pun tidak sempurna; begitu juga dengan niat didalam hati. Alangkah bagus berniat dahulu didalm hati dengan sempurna, kemudian barulah mengangkat takbir dengan membesarkan nama Allah. Sebut nama Allah itu sebaik-baiknya tanpa gangguan.

3) Kelalaian dalam solat berlaku apabila gambaran dunia berada dalam fikiran. Masalah ini dapat diatasi dengan menjadikan Hati sebagai Imam dan Mulut ( tubuh badan ) sebagai Makmum. Bermaksud setiap perkataan sebelum diluahkan keluar dari mulut hendaklah dibaca di dalam hati terlebih dahulu; dari awal solat sehingga akhir solat; dengan cara begini tiada ruang waktu untuk hati memikirkan perkara lain.

BAB 4

Tuntutlah Ilmu....

Ilmu fardhu ain terdiri dari 3 bahagian iaitu: Usuluddin, Fekah, Tasawuf.

Usuluddin- utk mengetahui perkara2 wajib dan mustahil; begitu juga perkara harus. Ia mengenai perkara2 Tauhid dalam mengesakan Allah.
Fekah - yg mengsahkan amalan2 yg dilakukan dgn mengetahui syarat2 sah, rukun dan membatalkannya.
Tasawuf - utk mengetahui perkara2 yg membatalkan amal seperti riya', ujub sombong, takbur dll lagi.

Bagaimana hukum seorang muslim yg beramal tanpa mengetahui 3 bahagian ilmu ini ?? Batal segala ibadat,sia-sia.
Amal dan makrifah itu berasal dari ilmu, jesteru itu wajib menuntut ilmu terlebih dahulu..
Ilmu yg bermenafaat adalah wajib dirujuk sumbernya dari Al Quran dan Hadis Rasulullah.

Makrifat terdiri dari 3 bahagian iaitu:
* makrifat orang syariat.
* makrifat orang tarikat.
* makrifat orang hakikat.

Makrifat Syariat - mengenal halal dan haram, sah dan batal, makruh atau syubahat, rukun dan syarat, fardhu dan sunat. (menyembah Allah dan mengerjakan segala suruhanNya.)

Makrifat Tarikat - mengenal riya', ujub, suma'ah, takbur, hasad dll. Mengenal kasih sayang Allah, buruk dan baik, zahir dan batin. (beramal dgn ilmu)

Makrifat Hakikat - mengenal yg zahir dalam pandangan batin dan mengenal yg batin dalam pandangan zahir. ( memandang Allah yg sentiasa hadir di setiap perbuatan )

Syariat yg bertentangan dgn Hakikat adalah kafir... dan Hakikat yg bertentangan dgn Syariat adalah sesat.

Hakikat yg tinggi apabila hilang pandangan zahir (dunia) dan hatimu yg wujud hanya Zat Allah sahaja.

BAB 5

Mengenal Allah

Firman Allah SWT :



Maksudnya : " Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)? "
( Ayat 4 : surah sajdah )


Asal mengenal Allah Taala iaitu mengenal diri sendiri, mengenal diri di umpamakan seperti asal kain (kapas , benang dan kain )
Kapas - sebenarnya diri ( roh Allah)
Benang - diri terperi ( perasaan hati )
Kain - diri berdiri ( tubuh kasar + roh + perasaan hati )

Dalam membincangkan urusan Allah, sudah menjadi kewajiban kita sebagai hamba untuk mengenal siapa, dimana, bagaimana Allah. Sah atau diterima ibadah bergantung samada kita mengenal kepada pencipta ini. Ingat! awal agama adalah mengenal tuhan. Tidak kenal kepada yang disembah, sia2 saja ibadah yang dilakukan.

Janganlah jadikan agama yang kita anuti sebagai barang pusaka turun temurun atau kebudayaan yang harus dijaga. Bila ditanya, ibu bapa dan keturunanku beragama islam, jadi akupun mengikut mereka semua. Soal siapa Allah ( tuhan ) , bukan masalah, aku solat dan beribadah mengikut cara yang telah mereka Ajar, itu saja. Sedarlah, sebenarnya kita wajib mengenal dan mengetahui siapa tuhan itu dan bagaimana sifat2nya.

Dari ayat diatas, Allah memberitahu bahwa ia telah mencipta langit dan bumi dan yang berada
antara keduanya . Ini menunjukkan Allah mencipta kita dan alam. Justru itu kita mesti menganggap Allah maha berkuasa dengan sifat mencipta. Antara keduanya bermakna alam dan isinya sekali. Kemudian bersemayam di atas arasy. Perkara ini banyak pendapat dari ulama, sehingga menjadi pertikaian, tuduh menuduh sesat dan kafir pun berlaku.

BAB 6.

Warid ( hidayat taufiq dari Allah )

Maqam 1- Tuhan memberi kepadamu warid ini, iaitu mengenal dan merasa benar-benar akan kebesaran kurnia nikmat Allah. Kurniaan diberi supaya dapat mendekat dan masuk kehadirat Allah. Warid ini boleh didapati dengan ilmu pengetahuan atau perasaan dalam hati melalui ujian yang diberi Allah.

Maqam 2- Tuhan memberi warid untukmenyelamatkan kita dari cengkaman harta benda dunia.
Membebaskan kita dari diperhamba dan diperbudakkan oleh segala sesuatu selain Allah. Warid ini diperolehi dengan ujian dan bala bencana.

Maqam 3- Allah memberi warid supaya engkau keluar dan terlepas dari kepompong kurungan bentuk kejadian serta menukar sifat-sifatmu, kealam luar yang berupa makrifat mengenal, melihat, merasa kebesaran kekuasaan kurniaan Allah. Warid ini diperolehi hanya dengan rahmat
Allah semata.

Dalam maqam warid pertama diberi kepadamu supaya kamu rajin melakukan ibadah dan taat kepada Allah supaya mendekat ke hadiratnya. Tetapi maseh kurang iklas, maka kurniaan warid maqam kedua untuk melepaskan perasaanmu dari tujuan kepada sesuatu selain Allah. Maqam warid ketiga untuk melepaskan dirimu dari sifat ujud yang sempit kepada alam melihat kebesaran Allah yang tidak terbatas sehingga lupa kepada diri, ingatan hanya kepada Allah sahaja.

Bab 7

Perjalanan hidup.

Untuk mendapat suatu rahsia dari Allah, memerlukan cara-cara yang tertentu; semuanya berkaitan dengan kehidupan yang dilalui setiap hari. Ibadah yang diwajibkan oleh Allah perlu dilaksanakan mengikut waktu dan syarat yang ditetapkan termasuk keikhlasan dalam hati. Apabila semua hak Allah ini dilaksanakan, maka akan timbul satu perintah yang menjadi tambahan kepada ibadat wajib tersebut. Contohnya begini; seandainya kamu ingin mengetahui rahsia roh yang berada dalam diri kamu sendiri, kamu dikehendaki melakukan kebaikan kepada semua makhluk Allah yang berada di sekeliling kamu (manusia, haiwan ,tumbuhan, jin dan sebagainya). Kebaikan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas, dan setiap pertolongan wajib ditolong dengan mencukupkan keperluannya.

Dari jalan ini Allah akan memperkenalkan kepada kita:
# nama roh kita.
# tugas dan amanat roh.
# dari mana dan ke mana perjalanan roh.
# rahsia-rahsia lain yang berhubung dengan roh.

Hanya Allah saja yang mengetahui kejadian ciptaannya berhubung dengan roh yang berada di dalam diri kita seperti mana firman Allah Taala:



Maksud firman Allah:

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu adalah urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberi pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Surah Al Israa'

Ayat 85


Rahsia kejadian roh ini berada pada urusan Allah Taala; dan Allah sendiri akan menerangkan rahsianya kepada hamba-hambanya yang terpilih mengikut keistimewaan masing-masing.
Sesiapa yang telah dipilih sebagai keluarga Allah, akan dibukakan hijab dan diberikan kefahaman berhubung dengan sifat-sifat ketuhanan dan kenal sungguh-sungguh kepada Allah Taala.

Bila ini berlaku, maka tahulah kita tugas sebenar yang Allah amantkan untuk kita jalankan di muka bumi ini kerana pasti ada disekeliling kita ini sesuatu yang memerlukan dan kita di tugaskan untuk menyempurnakan keperluan tersebut mengikut jalan yang diredhoi oleh Allah.
Maka jadilah kita penyempurna setiap kekurangan. Begitulah dengan asma Allah satu kurang dari 100.

Bab 8

Rahmatullah.

Segala perkara yang kita lalui, perolehi dan lakukan perlu ada rahmat Allah di dalamnya. Kehidupan yang tanpa rahmat, diumpamakan seperti makanan yang tidak berzat. Dunia dan akhirat kita hanya selamat hanya dengan rahmat Allah. Seperti sabda Rasulullah SAW:

Dari jabir, ia berkata: saya pernah mendengar Nabi Saw. bersabda: "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam surga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah." (Riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528)

Dari Abi Hurairah, ia berkata: Rasulullah Saw. telah bersabda: "Amal saleh seseorang diantara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam surga." Mereka (para sahabat) bertanya, "Hai Rasulullah, tidak pula engkau?" Rasulullah menjawab, "Tidak pula aku kecuali bila Allah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya kepadaku." (Riwayat Muslim; kitab Shahih Muslim, Juz II, halaman 528)

Contoh mereka-mereka yang terdahulu yang tidak mendapat rahmat Allah.
# Qarun walaupun memiliki harta yang banyak tetapi tidak ada rahmat Allah di dalamnya maka dia binasa bersama-sama dengan hartanya.
# Iblis suatu masa dulu memiliki ilmu yang tinggi akhirnya terkutuk kerana tiada rahmat didalam ilmu nya yang manyebabkan dia menjadi sombong.
# firaun memiliki kekuasaan juga binasa.

Oleh itu carilah ilmu, harta, kuasa dan yang lain dengan rahmat. bagaimana untuk mendapat rahmat Allah dalam semua itu?

Penciptaku..

Sempurna tubuhku, anugerahMu..
Cantik wajahku, hiasanMu..
Petahnya kata-kataku, lafazanMu..
Nafas dan ciumanku, hakMu..
Roh dan nyawaku, hartaMu..
Pergerakan dan kerjaku, atas sifatMu..
Siapalah aku kalau bukan ciptaanMu..
Dimana aku disitulah rahmat dan kasih-sayangMu..
Tapi kini aku ketahui, aku tiada..
kerana semua milikMu..
Tapi kini aku ketahui, siapakah aku..
Kerana yang ada hanya kamu...
Kini......
Sedarlah aku.. Aku hanya tercipta..
Kini telah tiada...
Kini telah tiada...
Kini telah tiada...
Yang ada hanya kamu... PENCIPTA ku...

Ketenangan Minda

Ar-Rahman
MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Bulan Barakah